Warga emas maut, kereta bertembung treler

Warga emas maut, kereta bertembung treler

Tuaran: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori treler dalam kejadian di Jalan Kampung Serusup, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia 63 tahun yang mengalami kecederaan serius disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke hospital.

“Setibanya dilokasi, kemalangan didapati melibatkan sebuah lori treler bertembung dengan Proton Saga dan terdapat seorang mangsa tersepit.

“Operasi kemudiannya dijalankan bagi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11 pagi

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|