Wanita maut, lima cedera kemalangan

Tawau: Seorang wanita maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan van dan lori di Jalan Sungai Burung, Tawau – Lahad Datu, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa penumpang Van Nissan Venette disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kemalangan

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan membabitkan van dipercayai dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori, jam 11.32 pagi.

Katanya, terdapat tujuh mangsa terbabit iaitu lima penumpang dan seorang pemandu van serta pemandu lori.

“Lima penumpang dan pemandu van dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Satu mangsa iaitu penumpang van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan seterusnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain.

“Operasi ditamatkab pada jam 12.47 tengah hari tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|