Wanita cuba terjun dari tingkat tiga kondominium

Wanita cuba terjun dari tingkat tiga kondominium

Kota Kinabalu: Pujukan anggota polis berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari tingkat tiga sebuah kondominium, di Jalan Kebajikan, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, jam 6.37 petang.

Katanya, mangsa seorang wanita dipercayai cuba terjun dari tingkat tiga sebuah kondominium.

“Mangsa berusia 20-an bagaimanapun berjaya dipujuk oleh pasukan polis sebelum ketibaan anggota bomba.

“Wanita terbabit kemudian ditenangkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 6.53 petang tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|