Unit SPSB yang ditubuhkan akan menyokong perniagaan SPSB

Unit SPSB yang ditubuhkan akan menyokong perniagaan SPSB

Kota Kinabalu: Unit Marin Sabah Ports Sendirian Berhad (SPSB) yang baru dilancarkan akan menyokong perniagaan SPSB melalui penyediaan perkhidmatan sampingan dan nasihat marin sekali gus, meningkatkan perkhidmatan luar pesisiran dan daratan pelabuhan serta meningkatkan daya upaya kecekapannya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, antara skop unit berkenaan adalah menawarkan pelbagai perkhidamatan marin yang merangkumi bantuan hidrografi dan navigasi kawalan lalu lintas marin dan armada marin.

Bung Moktar ketika melancarkan Unit Marin Sabah Ports Sendirian Berhad (SPSB) di Wisma Sabah Port Sdn Bhd Sapangar Bay, Kota kinabalu.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, hala tuju unit berkenaan juga selaras dengan menaiktaraf perkhidmatan pelabuhan dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik.

“Perkhidmatan kapal tunda pelabuhan, tundaan (pilotage) dan tarikan (towage) dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

“Satu pusat setempat telah ditubuhkan di mana berfungsi sebagai sebuah pusat pemprosesan disamping mewujudkan kemudahan serta nilai tambah untuk pelanggan.

“Hala tuju ini adalah selaras penyediaan perkhidmatan keseluruhan dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada industri serta menawarkan industri marin yang dipertingkatkan dan bersepadu,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Unit Marin Sabah Ports Sendirian Berhad (SPSB) di Wisma Sabah Port Sdn Bhd Sapangar Bay, di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad dan Sabah Ports Sdn Bhd, Datuk Faisyal Yusuf Hamdan Diego; Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya (KKR), Mohd Hanfiah Mohd Kassim; Timbalan Setiausaha Tetap, KKR Hasan Mahali; Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Maswandie Maimoon dan Pengarah Urusan Suria Capital Holdings Berhad dan Sabah Port Sdn Bhd Datuk Ng Kiat Min.

Tambah Bung Moktar lagi, projek utama unit marin itu termasuk bagi menstrukturkan pasukan Pengawal Trafik Marin untuk mengendalikan Sistem Pemantauan dan Maklumat Trafik Kapal (VTMIS).

“Unit ini juga berjaya menubuhkan Pangkalan Utama Offshore Pelabuhan Kota Kinabalu yang menyediakan kemudahan asas kepada pengeluar Minyak dan Gas di Pelabuhan Kota Kinabalu.

“SPSB juga melihat peluang untuk memanfaatkan kedudukan strategik Sandakan diantara Australia dan Negara-Negara Asia Timur dengan menyediakan perkhidmatan marin sampingan kepada kapal-kapal laut yang melalui laluan sibuk ini” katanya.

Menurut Bung Moktar lagi, unit berkenaan memainkan peranan penting dalam menjayakan kemasukan sulung SPSB ke dalam operasi bunker gas asli cecair (LNG) dengan menyediakan perkhidmatan sokongan marin selepas SPSB dilantk sebagai penyedia perkhidamatn utama bagi operasi bunker LNG pertama di Sabah.

Dalam pada itu Bung Moktar berkata menyifatkan penubuhan unit itu tepat pada masanya untuk menampung jangkaan peningkatan jumlah, peningkatan saiz kapal dan aktiviti ‘transhipment; sebaik sahaja fasa awal memperluaskan Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) selesai.

“Salah satu strategi untuk menangani peningkatan kos penghantaran termasuklah mewujudkan SBCP sebagai hub transhipment untuk Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk perdagangan yang menumpukan pada Intra Asia serta China, Korea dan Jepun serta Timur Jauh,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|