TYT, Hajiji hadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah BSMM Sabah

TYT, Hajiji hadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah BSMM Sabah

Tuaran: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah di Dewan Seri Sulaman, di sini, semalam.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni turut berkenan menghadiri majlis dan menyampaikan anugerah kepada penerima.

Hajiji menyampaikan Anugerah Sumbangan/Aktif Semasa Pandemik Covid-19 kepada BSMM Daerah sempena Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah BSMM Sabah di Dewan Seri Sulaman Tuaran, Tuaran.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri turut menyampaikan Anugerah Sumbangan atau Aktif Semasa Pandemik Covid-19 kepada BSMM daerah-daerah dan Sijil Penghargaan kepada Penderma Budiman atau Penaja.

Majlis itu diadakan sempena sambutan Hari Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Sedunia Peringkat Sabah 2022.

Turut ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dan Timbalan Pengerusi BSMM Kebangsaan, Dr K Selva Jothi dan Pengerusi BSMM Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|