Tujuh rumah musnah terbakar

Nabawan: Tujuh rumah termasuk sebuah rumah panjang musnah terbakar dalam kebakaran di Kampung Salong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kebakaran membabitkan rumah jenis tidak kekal lebih 1,144 meter persegi.

Tujuh rumah termasuk sebuah rumah panjang musnah terbakar di Kampung Salong, Nabawan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kawasan kejadian tidak mempunyai jaringan talian telekomunikasi dan pasukan bomba juga terpaksa menaiki bot untuk sampai ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi membuat pengesahan kebakaran dan semua rumah terlibat musnah sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.04 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|