
Keningau: Tiga blok rumah kongsi yang menempatkan 12 rumah pekerja sebuah kilang kayu musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Patikang, di sini, hari ini.
Kejadian jam 8 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.32 pagi.
Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran didapati membabitkan tiga blok rumah pekerja kilang berkeluasan 455 meter persegi.
“Semua ketiga-tiga rumah pekerja musnah sepenuhnya manakala sebuah rumah pekerja berhampiran berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 9.14 pagi sebelum tamat sepenuhnya pada jam 10.06 pagi,
Katanya, bahagain forensik JBPM sedang siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam kejadian ini.
-Deasoka