Tiada kompromi isu kebajikan murid – Menteri Kanan Pendidikan

Tiada kompromi isu kebajikan murid – Menteri Kanan Pendidikan

Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berkompromi dalam hal yang membabitkan kebajikan murid, termasuk isu yang dikaitkan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid kurang berkemampuan.

Perkara itu dijelaskan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam maklum balasnya berhubung satu hantaran yang tular di Facebook mengenai hidangan untuk murid RMT yang dikatakan hanya nasi putih dan kuah.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenal pasti sekolah yang terlibat.

“KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau turut memuat naik gambar tangkap layar yang menunjukkan makanan didakwa disediakan untuk murid RMT terbabit iaitu nasi putih yang hanya disertakan dengan kuah.

Gambar itu turut disertakan dengan penerangan mengenai makanan terbabit yang dikatakan dibawa pulang sebelum ditunjukkan kepada ibu murid.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|