TEKUN Nasional terus komited bantu usahawan Sabah

TEKUN Nasional terus komited bantu usahawan Sabah

Kota Kinabalu: Insiatif berterusan kerajaan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional membantu usahawan mikro di negeri ini harus mencapai mekanisme ekonomi semasa.

Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional; Datuk Siti Hajar Mubin berkata, dengan adanya langkah menyeluruh daripada kerajaan, usahawan bumiputera dilihat dapat sama memacu ekonomi yang diusahakan dalam usaha membangunkan tahap ekonomi masing-masing.

SITI Hajar (duduk tengah) memberi taklimat kepada para usahawan yang hadir dalam sesi berkenaan di T1 Bundusan, Penampang, hari ini.

Jelas beliau, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Tan Sri Noh Omar melalui kementeriannya sentiasa menyediakan alternatif kepada masyarakat setempat, baik bumiputera Muslim atau bumiputera bukan Muslim bagi penyediaan platform perniagaan bersesuaian dengan kriteria TEKUN Nasional.

“Usaha berterusan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang seterusnya menerusi TEKUN Nasional perlu disokong masyarakat yang mahu bergelar usahawan, usahawan yang sudah berniaga dan golongan sasaran di mana terdapat platform seperti ini mampu membantu mereka.

“Dalam masa yang sama juga, kita juga dapat menyampaikan hasrat kerajaan bahawa TEKUN Nasional sentiasa bersedia mencapai sasaran kita untuk terus memacu ekonomi di Sabah secara khasnya dengan membantu usahawan-usahawan ini dalam bidang perniagaan diceburi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan usahawan bumiputera tempatan di T1 Bundusan, Penampang, hari ini.

Sementara itu, ketika mengulas aktiviti terbabit, Siti Hajar berkata, ianya merupakan usaha berterusan TEKUN Nasional mendekati usahawan Sabah untuk lebih komprehensif dalam bidang niaga yang bakal diceburi.

“Sesi pertemuan pada hari ini agak menarik kerana kita menemui beberapa individu daripada masyarakat Cina tempatan, bumiputera dan ahli perniagaan yang berminat dengan pakej kita tawarkan.

“Pertemuan dua hala ini juga amat penting kepada TEKUN kerana kita dapat lebih memahami apa yang dikehendaki oleh usahawan kita, ” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|