Syukur, asnaf dapat bantuan rumah PPR

Syukur, asnaf dapat bantuan rumah PPR

Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang juga asnaf menarik nafas lega dan syukur apabila rumah yang diidamkannya siap dan boleh didiami dengan selesa di Kampung Tebobon, Manggatal.

Jumaani Madin penerima rumah daripada Projek Perumahan Rakyat (PPR) kini boleh mendiami rumah berkenaan selepas penyerahan dibuat kepadanya hari ini.

Yakub merasmikan penyerahan rumah PPR milik Jumaani di Kampung Tebobon, Manggatal.

Penyerahan rumah itu disempurnakan oleh  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai.

Beliau sebelum itu berharap, kerajaan negeri dan Persekutuan dapat menambah peruntukkan supaya memudahkan rakyat yang kurang berkemampuan mendapatkan rumah.

“Selaku ADUN karambunai, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu penduduk Karambunai yang tiada kemampuan untuk mendapatkan kediaman yang mereka idamkan.

“Kita berharap kerajaan negeri dan juga Persekutuan dapat menambah peruntukkan untuk membantu rakyat yang tiada kemampuan mendapatkan rumah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|