Papar: Polis memuji tindakan pantas seorang penunggang motosikal yang berjaya menahan seorang lelaki selepas didapati memiliki sepucuk pistol.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu turut mendapat perhatian umum selepas tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berusia 30-an terbabit.
Katanya, suspek berjaya ditahan hasil bantuan orang awam sebelum suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil penahanan lelaki tempatan itu, polis berjaya merampas sepucuk pistol yang berada pemilikan suspek.
“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti pemilik sebenar pistol berkenaan,” katanya.
-Deasoka