SUKMA XX: Elly angkat emas pada penampilan terakhir

SUKMA XX: Elly angkat emas pada penampilan terakhir

Putrajaya: Elly Cassandra Engelbert menghadiahkan pingat emas untuk Sabah pada penampilan terakhirnya dalam acara angkat berat -55kg wanita di SUKMA XX, di sini, hari ini.

Pertandingan di Kompleks Kejiranan Presint 11 itu menyaksikan Elly mencatat jumlah angkatan 169kg menerusi 76kg angkatan snatch dan 93kg clean & jerk untuk menafikan cabaran lapan peserta lain.

Emas untuk Sabah dari Elly.

Pesaing terdekatnya yang memenangi pingat perak, Marthini Chan dari Sarawak sekadar mencatat jumlah angkatan 152kg (67 snatch dan 85kg clean & jerk) manakala pingat gangsa milik Alia Adani Johari (Terengganu) dengan jumlah angkatan 141kg (61kg snatch dan 80kg clean & jerk).

“Ini adalah SUKMA keempat dan terakhir saya. Emas ini adalah yang kedua selepas SUKMA di Perak empat tahun lalu.

Angkatan emas Elly pda penampilan terakhir di SUKMA.

“Saya gembira dapat pertahankan pingat emas. Ini hadiah terbaik dalam penampilan terakhir saya di SUKMA untuk Sabah” kata atlet berusia 22 tahun dari Papar itu ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Elly yang juga pemenang tempat kelima di Sukan Komanwel 2022 Birmingham berkata, kejohanan yang akan disertainya selepas ini adalah Terbuka Malaysia yang dijangka akan di Sabah penghujung tahun ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|