SPRM tahan pegawai agensi kerajaan lulus dokumen isteri untuk pembelian kenderaan lupus

SPRM tahan pegawai agensi kerajaan lulus dokumen isteri untuk pembelian kenderaan lupus

Kota Kinabalu: Seorang pegawai agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki menyalahgunakan kedudukannya meluluskan dokumen pembelian kenderaan bernilai kira-kira RM15,000.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu kira-kira jam 9 pagi, hari ini.

Menurut sumber, lelaki terbabit dipercayai memilih isterinya dalam sebut harga pembelian kenderaan lupus milik agensi terbabit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

“SPRM Sabah turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda daripada pegawai terbabit.

“Pegawai itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada 24 Februari ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|