SAR kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas diteruskan

Kota Marudu: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas di Sungai Malangkap di Kampung Melangkap Darat diteruskan hari ini.

Difahamkan, Elzanatira Asod, 10, hilang dibawa arus ketika menyeberang sungai itu bersama ibunya pada petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan berkata, operasi hari ini memasuki hari kedua untuk mencari mangsa yang hilang.

Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 35 kilometer dari BBP Kota Marudu.

“Bilik kawalan BBP Kota Marudu terima panggilan kecemasan terdapat seorang kanak-kanak perempuan hilang di sungai selepas bertembung dengan kepala air ketika cuba menyeberangi sungai untuk balik ke rumah dari kebun pada jam 4 petang.

“Untuk SAR hari kedua, operasi dimulakan pada jam 7 pagi di kawasan sepanjang sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, maklumat terkini akan di kemas kini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|