Rumah, enam kenderaan terbakar

Rumah, enam kenderaan terbakar

Kota Belud: Sebuah keluarga bukan hanya hilang tempat tinggal malah turut kerugian besar apabila beberapa kenderaan milik mer犀利士 eka musnah dalam kebakaran di Kampung Rangalau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, enam kenderaan membabitkan sebuah van, Proton Saga dan empat motosikal dilaporkan turut terbakar.

Anggota bomba menjalankan operasi memadam api dalam kebakaran di Kampung Rangalau, Kota Belud.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.06 pagi.

Katanya, sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak sejauh 11 kilometer dari BBP Kota Belud, api kebakaran didapati sudah memusnahkan sebahagian besar daripada rumah dan kenderaan.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan sumber air jentera dan air terbuka,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Syazwan berkata, api kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.30 tengah hari daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.

Katanya, tiada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.

“Operasi ditamatkan jam 1.21 petang dan siasatan lanjut berhubung punca kejadian serta jumlah kerugian masih sedang giat dijalankan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|