RM290,000 bantu mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Tawau

RM290,000 bantu mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Tawau

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menyaksikan penyerahan sumbangan khas RM290,000 daripada Tabung Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Sumbangan berkenaan diserahkan Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, mewakili Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran.

Seramai 580 KIR mangsa kebakaran kampung itu masing-masing akan menerima sumbangan sebanyak RM500.

“Sumbangan khas ini diharap dapat membantu KIR mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Tawau,” kata Hajiji.

Turut hadir ialah Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali; Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Omar Raisul As-Salam Sulaiman Omar dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Ustaz Saifulzaman Sangul.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|