Ribut Tropika Megi: Kedudukan terkini 950 km dari Sandakan

Ribut Tropika Megi: Kedudukan terkini 950 km dari Sandakan

Kota Kinabalu: Ribut Tropika Megi yang menyebabkan keadaan cuaca tidak menentu di Sabah ketika ini dilaporkan berada pada kedudukan 950 kilometer di timur laut Sandakan.

Menerusi kenyataan terkini Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) pada jam 10 pagi tadi, ribut berkenaan berada paling hampir dengan Surigao City, Filipina dengan jarak 144 kilometer di barat laut bandar berkenaan.

Berdasarkan kenyataan itu, ribut tropika berkenaan yang kini berada di koordinat 11.0°U 125.0T dalam keadaan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam (km/j).

Keadaan itu dilaporkan boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

MET Malaysia juga mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu berkuat kuasa sehingga 11 April

  1. “Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan mengikuti maklumat status terkini Ribut Tropika Megi yang akan dikemas kini setiap tiga jam.

“Maklumat ini boleh diperoleh melalui laman web dan aplikasi myCuaca. Orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|