Rakaman puluhan lelaki ‘bertempur’ tular

Rakaman puluhan lelaki ‘bertempur’ tular

Tawau: Satu rakaman memaparkan puluhan lelaki yang ‘bertempur’ sehingga menggunakan senjata seperti ‘samurai’ dan batang besi tular di media sosial sejak pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12 tengah malam tadi, namun sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang melaporkan punca sebenar kejadian.

Video berdurasi 30 saat itu sempat dirakam seorang wanita dari tingkat atas bangunan berhampiran yang didakwa berlaku di bandar ini.

Rakaman yang pada awalnya memaparkan mereka hanya sekadar berperang mulut bertukar ganas apabila salah seorang daripadanya melepaskan tumbukan sehingga beberapa senjata dikeluarkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, setakat pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|