R Suparamaniam dan George dilantik ketua JPJKK, JIPS Sabah

R Suparamaniam dan George dilantik ketua JPJKK, JIPS Sabah

Kota Kinabalu: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah menerima perlantikan ketua baharu, hari ini.

JPJKK menyaksikan majlis serah tugas antara Pemangku, Asisten Komisioner Abdul Rahman Kassim yang menyerahkan jawatan kepada Senior Asisten Komisioner R. Suparamaniam.

Senior Asisten Komisioner R Suparamaniam dilantik sebagai Ketua JPJKK Sabah yang baharu menggantikan pemangkunya, Asisten Komisioner Abdul Rahman Kassim.

Manakala pertukaran JIPS pula membabitkan, Pemangkunya, Deputi Superintendan Rahmalah Salleh kepada Asisten Komisioner George Abd Rakman.

Kedua-dua majlis serah terima tugas berkenaan disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah yang diadakan di IPK Sabah, di sini.

Asisten Komisioner George Abd Rakman menerima tugas sebagai ketua JIPS Sabah daripada Deputi Superintendan Rahmalah Salleh.

Majlis turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah, Datuk Zabidi Md Zain serta Ketua Cawangan Khas Sabah, Datuk Mohd Salleh Yahya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|