PRU15: Tiga elemen teras utama pastikan UMNO kekal tambat hati rakyat

Kota Kinabalu: Tiga elemen perlu dijadikan teras utama dalam memastikan UMNO terus kekal menambat hati rakyat khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-15) akan datang.

Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, tiga elemen itu merangkumi kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan yang akan menjadi faktor utama agar rakyat dapat menikmati pembangunan berterusan di masa depan.

Yakub ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama golongan asnaf anjuran UMNO Bahagian Sepanggar, Kota Kinabalu.

Katanya, UMNO sudah mengalami pelbagai dugaan selepas tewas dalam PRU-14 kemudian menjadi pembangkang di peringkat negeri serta pusat.

“Kita sudah pernah mengalami musim pemerintahan Pakatan Harapan (PH), kemudian berganti kepada Perikatan Nasional (PN) kini Alhamdullilah kembali ke pada kerajaan yang menggunakan slogan Keluarga Malaysia.

Yakub menyampaikan sumbangan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama golongan asnaf anjuran UMNO Bahagian Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Di peringkat negeri Sabah juga ditunjangi Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Barisan Nasional (BN) memperlihatkan keadaan ketiga-tiga elemen tersebut sangat berkaitan antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama golongan asnaf anjuran UMNO Bahagian Sepanggar, di sini, malam tadi.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, sejak BN kembali menerajui kerajaan keadaan suasana kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan sentiasa terjamin sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada rakyat disamping dapat menikmati keadaan ekonomi yang stabil.

“Berbanding keadaan sebelum ini peluang pekerjaan sangat kurang, faktor ekonomi negeri tidak dapat digerakkan berikutan ketiadaan kestabilan politik di peringkat negeri dan persekutuan,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Yakub yang juga Ketua Bahagian UMNO Sepanggar menggesa agar semua ahli UMNO di peringkat bahagian sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi PRU-15 yang diadakan dalam tempoh terdekat.

“Kita yakin UMNO Bahagian Sepanggar sudah bersiap sedia mengalas tugas berat ini sekali gus memastikan UMNO kembali menjadi pilihan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|