PRU-15: Memang ada rundingan agih kerusi sama rata GRS, BN – Ronald

PRU-15: Memang ada rundingan agih kerusi sama rata GRS, BN – Ronald

Beluran: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengesahkan memang wujud rundingan pembahagian kerusi secara saksama di antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara itu dilakukan kepemimpinan GRS dan BN demi kesinambungan persefahaman politik di antara kedua-dua gabungan berkenaan, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Tentu ada perbincangan yang dibuat di antara kepimpinan GRS dengan BN,. Saya difahamkan perbincangan untuk persefahaman politik agar kedua-dua parti ini seperti kewujudannya dalam negeri Sabah di antara GRS dan BN.

“Menjelang PRU ini diharapkan agar satu bentuk kerjsama seperti yang telah dibincangkan kepimpinan kedua-dua pihak diwujudkan demi kerjasama politik yang lebih baik pada PRU-15. Kita harapkan kerjasama ini dapat meneruskan kesatbilan politik Sabah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Oesta Walet Beluran, di sini, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan pembahagian kerusi di antara GRS dan BN dibahagikan sama rata.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|