PRU-15: GRS-BN umum calon serentak

PRU-15: GRS-BN umum calon serentak

Sandakan: Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) serentak.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pengumuman itu dijangka dibuat lebih awal sebelum hari penamaan calon di Kota Kinabalu.

Katanya, satu perjanjian di antara GRS dan BN Sabah juga akan dimeterai berhubung kerjasama kedua-dua pihak dalam masa terdekat.

“Memang BN telah bersiap sedia sebab pendirian kita kekal bahawa apabila diberi amanah oleh BN Pusat untuk BN Sabah berunding dengan GRS maka saya dan pasukan saya telah berunding enam bulan yang lalu.

“Alhamdulillah kita akan meterai dalam sehari dua hari ini melalui perjanjian pula kerjasama di antara BN dan GRS. Nanti saya akan maklumkan tapi memang cepat.

“Sebab kita rancang pengumuman calon antara BN dan GRS serentak, tarikh yang sama dan kita akan umum awal sedikit daripada kebiasaan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Kinabatangan, di sini, semalam.

Bung Moktae berkata, kerjasama BN dan GRS di Sabah amat penting dalam memberi kemenangan kepada BN Pusat, seterusnya kekal menerajui kerajaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|