Program 3S Pusat U-Science UMS terus semarak budaya STEM di Sabah

Program 3S Pusat U-Science UMS terus semarak budaya STEM di Sabah

Kota Kinabalu: Bagi menyemarakkan lagi budaya Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini, satu webinar dalam talian diadakan oleh Pusat U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Program 3S: STEM Speaker Series.

Program terbaharu yang dilaksanakan dengan kerjasama MySTEM Ambassador adalah berkaitan isu seni bela diri dan dan STEM.

Webinar itu disampaikan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS, Darwis Awang selaku penggiat seni bela diri yang berpengalaman.

Katanya, seni bela diri sebenarnya amat penting dalam kehidupan seharian individu.

“Selain sebagai satu kemahiran mempertahankan diri, seni bela diri ini juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan dan mental seseorang melalui fokus latihan yang dijalankan.

“Ada pelbagai jenis seni bela diri di dunia seperti, Pencak Silat, Taekwando, Aikido, dan bermacam-macam lagi,” katanya dalam sesi webinar itu baru-baru ini.

Webinar yang bersiaran secara langsung di aplikasi Webex dan saluran Youtube Pusat Uscience UMS itu berjaya menarik lebih 500 peserta.

Berdurasi selama lebih sejam, siarannya boleh diikuti semula melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=MdC0oawCqt4.

Webinar bersiri yang diadakan sejak tahun 2021 itu turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|