PPM tahan juragan, 4 PATI

PPM tahan juragan, 4 PATI

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang juragan bersama empat wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina di perairan Pulau Omadal, di sini, semalam.

Semua PATI berusia 31 dan 42 tahun itu ditahan PPM Semporna menerusi Op Gelora Khas, kira-kira jam 9.30 malam.

Anggota PPM Semporna menahan bot dinaiki seorang juragan bersama 4 PATI di perairan Pulau Omadal, Semporna.

Difahamkan, menerusi operasi berkenaan sebuah bot yang mencurigakan berjaya dikesan.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki bertindak sebagai juragan dan empat wanita sebagai penumpang.

Semua mereka adalah warganegara Filipina dan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Komisioner PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk siasatan lanjut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|