PPM rampas barang subsidi yang cuba diselewengkan

PPM rampas barang subsidi yang cuba diselewengkan

Sandakan: Pemandu lori ditahan selepas disyaki menyeleweng pelbagai barangan bersubsidi di tepi sungai Kampung Pangkalan, Batu 10, di sini, awal pagi tadi.

Suspek lelaki berusia 40-an ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan ketika menjalanlan operasi ‘Op Landai’ pada jam 4.15 pagi.

Barangan yang cuba diselewengkan dirampas PPM dalam Op Landai, di Sandakan.

Antara barangan yang dirampas iaitu 400 liter petrol, tepung gandum (40 kilogram), gula (48 kilogram) dan beras (170 kilogram).

Nilai barangan yang dirampas RM1,700 dan keseluruhan rampasan termasuk lori berjumlah RM136,699.

Difahamkan, ketika pemeriksaan, pemandu lori gagal mengemukakan surat atau dokumen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Selain itu, tiada notis pembelian disyaki untuk tujuan penyelewengan.

Semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|