Peserta dari Tambunan juarai CP Voice Up Sugandoi

Kota Kinabalu: Peserta dari Tambunan berjaya merangkul gelaran juara pertandingan nyanyian CP Voice Up Sugandoi selepas menewaskan 49 peserta lain yang turut berentap dalam pertandingan itu.

Donovond Andreey Damianus, 30, tidak menyangka merangkul tiga anugerah dalam pertandingan itu selain mengalahkan tujuh finalis yang lain.

Barisan pemenang yang menyertai Pertandingan Nyanyian CP Voice Up Sugandoi di Palm Square Centre Point, Kota Kinabalu.

Kemahiran vokalnya berjaya memikat hati juri selepas mempersembahkan lagu ‘Samod Dit Ondu’ dan ‘Lamazo Tadau Kaamatan’ ketika di peringkat akhir pertandingan yang berlangsung di tingkat 4, Palm Square, Centre Point, baru-baru ini.

“Saya terkejut dan tidak menyangka yang saya akan memenangi ketiga-tiga anugerah hari ini.

“Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang perjalanan saya dalam kerjaya nyanyian,” katanya yang turut memenangi anugerah persembahan terbaik dan anugerah paling popular BorneoTimes.TV.

Beliau dalam pada itu turut berterima kasih kepada Centre Point Sabah kerana menganjurkan acara itu pada musim Kaamatan.

Donovond sebelum itu membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil.

Sementara itu, naib juara pertama disandang oleh Mamat San Abu dari Tenom dan naib juara kedua disandang Mohd Shafiq dari Ranau.

Finalis lain bagi kategori dewasa ialah Emily Benjamin (Tambunan), Jester Jeffry (Penampang), Joel Moikon (Papar), Mohd Azizie (Penampang) dan Kairuddin Jamaluddin (Kudat).
Terdahulu, pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori remaja dan kategori dewasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|