Perlawanan bola sepak amal kumpul sumbangan untuk Junaidi Tuah

Perlawanan bola sepak amal kumpul sumbangan untuk Junaidi Tuah

Labuan: Satu perlawanan bola sepak persahabatan amal diadakan untuk mengisi Tabung Junaidi Tuah di Padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan, pada petang Ahad lalu.

Ia sebagai sumbangan membantu bekas pemain Sabah itu yang sedang sakit bagi menampung kos rawatan dan pemulihan yang ditanggungnya.

Dul Alias (berdiri tiga kiri) bersama Pasukan LAVESTAR (jersi kuning).

Pada perlawanan itu, pasukan Bola Sepak Veteran Labuan (LAVESTAR) berjaya menewaskan Labuan Port 5-1.

Dua gol LAVESTAR dijaringkan Mazlan Masrie manakala satu gol masing-masing dijaringkan Jeffrey Jinin, Dod Reid dan Ismail Din.

Pasukan Labuan Port (jersi biru).

Gol saguhati Labuan Port pula dijaringkan Mohammad Azarul Halidin.

Sempena perlawanan amal itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Sophian Said menerima sumbangan daripada pemain kedua-dua pasukan untuk mengisi Tabung Junaidi Tuah yang pernah bermain bersama Sabah FA pada 1980-an dan 1990-an.

Pengurus pasukan LAVESTAR, Dul Alias berharap sumbangan itu dapat meringankan beban Junaidi yang masih memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat bola sepak untuk menampung kos rawatan pemulihan termasuk perubatan alternatif.

Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan boleh mengunjungi beliau di kediamannya di Kampung Bukit Kuda W.P Labuan atau menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank 166125380404 (Junaidi Tuah).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|