Pendaki Gunung Kinabalu alami hipotamia diselamatkan

Pendaki Gunung Kinabalu alami hipotamia diselamatkan

Ranau: Seorang wanita terpaksa diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami hipotamia di Kilometer 5.7, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, wanita berusia 20 tahun terbabit turut dilaporkan terjatuh dan terpaksa dibawa turun untuk mendapatkan rawatan.


Pasukan penyelamat membawa turun mangsa yang mengalami hipotermia di Gunung Kinabalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.20 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lapan anggota dan pegawai termasuk MOSAR dan malim gunung serta renjer Taman Taman Sabah (TTS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa ditemui, pasukan MOSAR terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa seterusnya dibawa turun ke ‘Timpohon Gate’ menggunakan Robinson stretcher oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebaik berjaya sampai ke Timpohon Gate, mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya untuk tindakan lanjut.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.35 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|