Pemuda UMNO Sepanggar anjur Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda

Pemuda UMNO Sepanggar anjur Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda

Kota Kinabalu: Pemuda UMNO Sepanggar mengambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda UMNO Sepanggar bagi menghidupkan semula aktiviti kesukanan sambil mendekati anak muda.

Kejohanan yang dirasmikan Ketua Pemuda UMNO Sepanggar, Mohd Hafidz Yakub itu berlangsung hari ini hingga esok di Gelanggang Sepak Takraw Malawa, Sepanggar.

Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda UMNO Sepanggar di Gelanggang Sepak Takraw Malawa.

Beliau berkata, program itu turut disasar untuk mengeratkan silaturahim di antara anak muda Sepanggar dengan pemimpin, selain sebagai satu platform untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan penduduk Sepanggar.

“Setelah beberapa lama kita tidak dapat menganjurkan aktiviti kesukanan disebabkan prosedur operasi standard (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19, barulah sekarang kita berpeluang menganjurkan semula aktiviti seumpama ini.

Antara aksi pemain di Gelanggang Sepak Takraw Malawa, Sepanggar.

“Jadi peluang ini kita manfaatkan untuk menghidupkan semula aktiviti kesukanan untuk menyemai budaya hidup sihat sambil mendekati anak-anak muda di Sepanggar ini.

“Menerusi acara ini juga, kita dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan atau silaturahim sesama kita, khususnya di antara peserta kejohanan sepak takraw ini dengan pemimpin di Sepanggar,” katanya.

Kejohanan sepak takraw berkenaan disertai beberapa pasukan yang terdiri daripada kumpulan anak muda sekitar kawasan Sepanggar.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|