Pemandu hadapi masalah kesihatan, maut dalam kemalangan

Pemandu hadapi masalah kesihatan, maut dalam kemalangan

Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas dia dipercayai mengalami masalah kesihatan di Jalan Kolam, Luyang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang hadir membantu di lokasi.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Hilux Vigo.

Katanya, sebaik sampai di tempat kejadian, mangsa disyaki mengalami masalah kesihatan yang mengakibatkannya terbabas ke laluan bertentangan.

“Mangsa turut merempuh sebuah kereta Honda sebelum dilihat dalam keadaan tidak sedarkan diri namun keadaan enjin masih hidup dan pintu berkunci.

“Seorang lagi mangsa wanita iaitu pemandu kereta Honda tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, pemandu wanita terbabit dikatakan sempat menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

“Pasukan bomba yang hadir kemudiannya membantu membuka pintu kenderaan dan mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan paramedik untuk tindakan selanjutnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|