MUTIARA GRS serah bantuan kepada mangsa kebakaran

MUTIARA GRS serah bantuan kepada mangsa kebakaran

Kota Kinabalu: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) bersama dengan ahli MUTIARA GRS melawat sambil menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Landong Ayang, di Kudat, hari ini.

Juliah meninjau kawasan yang terbakar di kampung Landong Ayang, Kudat.

Juliah dan rombongannya turut meninjau kawasan yang terbakar dan menyantuni keluarga yang terlibat dalam kejadian itu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa pesakit talasemia di Marina Jetty, Kudat.

Juliah (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada pesakit talasemia.

Rombongan MUTIARA GRS itu turut disertai Isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Cecilia E Kitingan dan Isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin Linda Ewit.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|