MMT Junior juara Young Rhinos B-10

Kota Kinabalu: Pasukan MMT Junior muncul juara kejohanan bola sepak akar umbi Young Rhinos kategori bawah 10 tahun (B-10) yang berlangsung di Stadium Likas, di sini, hari ini.

MMT Junior dinobatkan sebagai juara selepas menewaskn AT Labuan dalam satu aksi final sengit, petang tadi.

Pasukan yang membariskan pemain dari pedalaman Sabah itu memulakan kejohanan dengan mengungguli Kumpulan C seterusnya mara ke suku akhir dan menewaskan SK Likas 2-0.

Di separuh akhir, MMT junior mengecewakan Tabs Bandaraya hasil jaringan kemenangan ‘bicycle kick’ dari adik Asmawi Amran dengan keputusan berakhir 1-0.

Kemaraan MMT Junior selepas itu ternyata sukar digugat apabila muncul juara selepas menewaskan AT Labuan hasil jaringan tunggal adik Marjinus Musa bagi menundukkan AT Labuan di final.

Sementara itu, Ketua Jurulatih MMT Junior, Stanley Ian ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sehingga pasukan itu berjaya menjadi juara.

“Terima kasih kepada semua penaja, ibu bapa yang hadir memberi sokongan dan penolong jurulatih, Charlie Vicente serta pengurus pasukan Gideon Gadit, kemenangan ini adalah kemenangan untuk kami semua.

“Saya juga memuji semangat yang ditunjukkan para pemain sehingga berjaya menjadi juara, saya harap kejuaraan ini memberi suntikan semangat kepada mereka untuk terus ‘berjuang’ dalam bola sepak, semoga suatu hari nanti mereka akan menjadi pemain yang hebat,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|