
Penampang: Seorang mekanik maut selepas dihempap dump trak lori ketika membaikpulih enjin lori berkenaan dalam kejadian di Jalan Bundusan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa lelaki berusia 58 tahun terbabit dikatakan dihempap “Hydraulic Dump” yang rebah secara tiba-tiba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 pagi.
Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya dilokasi kejadian, mangsa masih terpangkap bahagian enjin lori 10 tan berkenaan dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.
“Sebaik berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.20 pagi
-Deasoka