Masiung nafi keluar GRS

Masiung nafi keluar GRS

Tongod: Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut (ADUN), Datuk Masiung Banah hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya antara wakil rakyat yang akan keluar daripada gabungan itu.

Masiung sebaliknya berkata, beliau tetap berpendirian teguh dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS.

“Secara logiknya, macam mana saya keluar GRS sedangkan masih ADUN Bebas, tidak menyertai mana-mana parti dalam GRS. Saya cuma anggota mesra GRS,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Kenyataan itu susulan khabar angin yang tular di media sosial sejak semalam yang mengaitkan Masiung bersama tiga ADUN lain iaitu Datuk Rubin Balang (Kemabong), Datuk Rudy Awah (Pitas) dan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (Nabawan) akan meninggalkan GRS.

Masiung berkata, petang semalam beliau berada di kawasan mengunjungi penduduk kampung yang meninggal dunia.

“Mungkin ramai gagal menghubungi saya kerana tidak semua kawasan di Tongod mempunyai capaian internet,” katanya.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), berkata isu itu mungkin sengaja diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan tujuan jahat.

“Saya hanya mengetahui perkata itu, apabila Pegawai Komunikasi dan Media saya, Yussof Imbang menghubungi saya lewat tengah malam tadi,” katanya.

Yussof yang sedang bercuti di Kuala Penyu sejak semalam dihujani panggilan telefon dan pertanyaan di aplikasi Whatsapp bertanyakan perkata itu, namun tidak dapat mengesahkan kerana Masiung yang baru dilantik sebagai Pengerusi GRS Kinabatangan gagal dihubungi.

Masiung mengulangi pendiriannya akan tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan Haiji sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi GRS.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|