Mangsa air pasang besar di Sandakan berkurang

Mangsa air pasang besar di Sandakan berkurang

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa yang terkesan akibat fenomena air pasang besar baru-baru ini terus mencatatkan trend penurunan petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, Sandakan merupakan daerah tunggal yang masih terkesan.

“Setakat 4 petang ini, jumlah mangsa yang dilaporkan di daerah berkenaan adalah 646 mangsa daripada 112 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Kesemua mangsa yang terkesan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sungai Anib 2, mereka terdiri daripada 318 dewasa dan 328 kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|