Lelaki warga asing curi motosikal dan tabung masjid ditahan

Lelaki warga asing curi motosikal dan tabung masjid ditahan

Tawau: Seorang warga asing yang aktif mencuri motosikal dan pecah tabung masjid di sekitar Dumpas, di sini ditahan polis, kelmarin.

Suspek berusia 20 tahun ditahan di sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dari Balai Polis Bombalai di Ladang Banita, Brumas.

Motosikal yang dicuri

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, ketika serbuan suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan.

Katanya, pasukan serbuan kemudian menuju ke Ladang Kertam bagi mengesan barang kes.

“Pasukan serbuan menemui motosikal dipercayai dicuri oleh suspek terbabit.

“Siasatan mendapati suspek disyaki terbabit dengan beberapa siri kes kecurian motosikal dan kes pecah tabung masjid,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jasmin berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|