Lelaki maut, pacuan empat roda bertembung dengan lori

Semporna: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ladang Pinang, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 3.05 petang.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Ladang Pinang, Semporna.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton bertembung dengan sebuah lori jenis Isuzu tiga tan.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia.

“Terdapat lima mangsa dilaporkan terbabit. Seorang mangsa tersepit dalam kenderaan Mitsubishi Triton dan dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan Rescue Tools,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala empat mangsa mengalami cedera ringan telah dihantar ke Hospital Tawau dan Semporna oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Operasi tamat pada 4.25 petang tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|