Lelaki ditahan bersama 5.63 gram syabu

Lelaki ditahan bersama 5.63 gram syabu

Beaufort: Seorang lelaki ditahan bersama 5.63 gram dadah jenis syabu dalam serbuan di Kampung Kota Klias, di sini, semalam.

Dalam operasi jam 3.50 petang itu, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan ketika dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menjual bekalan syabu miliknya.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, ketika ditahan, polis mendapati suspek membawa sembilan paket kecil lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

Katanya, semua dadah yang dianggarkan bernilai RM400 berdasarkan harga pasaran semasa itu dipercayai sedia untuk dijual kepada penagih di kawasan sekitar.

Suspek ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 5.63 gram. Pix Ihsan PDRM

“Siasatan awal, suspek mengaku mendapat bekalan dadah daripada seorang individu.

“Suspek turut mengaku terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah syabu sejak bulan Mei tahun lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati positif methapetamine dan amphetamine.

Katanya, suspek terus ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|