Beluran: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Bauto, Telupid, di sini, hari ini.
Mangsa yang hilang dikenali sebagai Idham Olah, 46.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, jam 11.43 pagi.
Katanya, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran dikejarkan ke tempat kejadian.
“Mangsa dilaporkan lemas di Sungai Bauto, Telupid, ketika menjalankan aktiviti memancing.
“Pasukan bomba membuat pencarian 100 meter di sepanjang sungai dari mangsa mula hilang.
“Setakat ini, mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
-Deasoka