Lelaki cari ketam ditemui meninggal dunia

Semporna: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari ketam di Sungai Bulian, Jalan Tunggulungan, di sini, semalam ditemui meninggal dunia, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.27 tengah hari.

Pasukan bomba dan polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke hospital. Pix Ihsan Bomba 

Katanya, sepasukan Bomba Atas Air Semporna kemudian bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa ditemui pasukan bomba pada jam 3.01 petang tadi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 4.06 petang tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|