KJMBB catat keberhasilan, miliki bangunan kedai RM6.5 juta

KJMBB catat keberhasilan, miliki bangunan kedai RM6.5 juta

Beaufort: Koperasi Jaya Murni Beaufort Berhad (KJMBB) telah berjaya mencatat kejayaan dengan memiliki sebuah bangunan kedai tiga tingkat bernilai RM6.5 juta.

Pengerusinya, Datuk Ruslan Muharam berkata, pemilikan itu merupakan antara pencapaian yang dicatat bagi tahun 2021-2022.

Ruslan ketika hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-11 sesi 2020-2021 KJMBB di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Bandar Minggo, Beaufort.

“KJMBB kini telah memiliki bangunan tiga tingkat yang mempunyai sebanyak lapan pintu kedai dengan harga RM6.5juta.

“Kita juga turut berjaya membuka sebuah lagi cawangan Coopmart Koperasi Jaya Murni di Kampung Kebatu dengan modal sebanyak RM265,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-11 sesi 2020-2021 KJMBB di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Bandar Minggo, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau yang juga ADUN Lumadan berkata, ahli koperasi telah mengemukakan usul atau cadangan dalam mesyuarat itu bagi meningkatkan lagi prestasi koperasi ini.

“Dalam mesyuarat ini juga kita telah meluluskan usul menambah modal syer sebanyak RM100,000 bagi setiap anggota.

“Selesai mesyuarat ini juga agihan dividen telah dilakukan kepada ahli-ahli koperasi iaitu pembayaran dividen sebanyak lima peratus diberikan di mana terdapat menurun sebanyak 15 peratus berbanding 20 peratus pada tahun lalu.”

“Ini adalah disebabkan koperasi telah membuka cawangan baharu seperti yang dimaklumkan serta deposit pembelian bangunan serta pengurusan guaman bagi pemilikan kedai berkenaan,” katanya lagi.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi KJMBB, Asmat Japar dan jemputan khas serta pemerhati, Pembantu Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Beaufort, Dk Suzana Juhainin serta Pembantu Juruaudit SKM Wilayah Beaufort, Puteri Nurmaisarah Mufti.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|