Keningau juara karnival bola tampar wanita PSKPP

Keningau juara karnival bola tampar wanita PSKPP

Keningau: Pasukan Keningau muncul juara Karnival Bola Tampar Wanita, Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Keningau memenangi kesemua tiga perlawanan sekali gus dinobat sebagai juara karnival berkenaan yang juga merupakan permainan pertama dianjurkan untuk PSKPP antara semua daerah.

Karnival iru dirasmikan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembangunan Murid), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau, Eric Etor Dius yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah, Masly Wahip.

Dalam ucapannya, Eric berkata, antara tujuan sukan PSKPP zon pedalaman itu diadakan adalah sebagai usaha dalam membudayakan gaya hidup sihat di kalangan warga pendidikan.

“Selain itu, ini juga sebagai persedian dan pemilihan pemain zon pedalaman untuk PPSKP peringkat negeri tahun ini di mana Keningau adalah tuan rumah.

“Kami juga mengucapkan terima kasih Menteri Kerja Raya yang juga ahli parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup kerana memberi sumbangan untuk penganjuran karnival bola tampar ini,” katanya.

Sementara itu, Tenom muncul naib juara, tempat ketiga disandang oleh Pensiangan manakala Tambunan di tempat ketiga.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|