Kehilangan Jude Angel tiada kaitan penculikan

Kehilangan Jude Angel tiada kaitan penculikan

Beaufort: Kehilangan adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, Batu 66, di sini, tiada kaitan dengan unsur penculikan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, polis sudah menjalankan siasatan menyeluruh sejak hari pertama menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit.

Katanya, ia termasuk mengambil keterangan daripada ibu bapa dan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

“Kita sudah menjalankan siasatan meliputi pelbagai arah termasuk mengenalpasti sama ada keluarga ini ada berdepan sebarang masalah.

“Namun, siasatan mendapati kejadian ini tidak menjurus kepada unsur penculikan,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|