Kapal pengangkut terbakar, tiga melecur

Kapal pengangkut terbakar, tiga melecur

Paitan: Tiga individu melecur selepas sebuah kapal pengangkut minyak berisi petrol terbakar dalam kejadian di Jeti Paitan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, maklumat semua mangsa yang melecur belum diketahui.


Kapal pengangkut minyak terbakar dalam kejadian dekat Jeti Paitan.

Difahamkan, kapal berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan dari Paitan ke Pulau Jambongan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Eden Machel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.15 petang dan menghantar tiga anggota bersama jentera ke lokasi kejadian.

Katanya, lokasi berkenaan sejauh 173 kilometer dari BBP Beluran.

“Setakat jam 7.10 malam, pasukan bomba masih dalam perjalanan ke lokasi berkenaan disebabkan keadaan cuaca dan jalan raya yang tidak baik.

“Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|