Kanak-kanak OKU dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah

Kanak-kanak OKU dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah

Tuaran: Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya dalam kejadian di perumahan D’Sri Gayang, di sini, petang tadi.

Mangsa Saiful Ihsan, 8, autisme disedari hilang oleh ahli keluarga yang kemudiannya membuat laporan kepada pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan mencari mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 petang.

Katanya, seramai sembilan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat diterima, mangsa adalah seorang kanak-kanak OKU dan disedari hilang dari rumah keluarganya kira-kira jam 5 petang tadi.

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat serta melakukan operasi pencarian di sekitar kawasan perumahan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kanak-kanak terbabit diminta supaya menghubungi ibunya di talian 01112679695.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat turut dijalankan oleh polis dan penduduk kampung.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|