Kanak-kanak cedera rumah roboh

Ranau: Dua individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki terperangkap selepas rumah mereka di Kampung Kituntul Lama, di sini, roboh hari ini.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, dua mangsa yang terperangkap adalah seorang wanita berusia 42 tahun dan seorang lagi kanak-kanak berusia empat tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.16 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kejadian membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 55 meter persegi telah roboh dan terdapat dua mangsa yang terbabit.

“Mangsa wanita keluar sendiri dari rumah dalam keadaan selamat manakala seorang kanak-kanak lelaki dilaporan mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit terus dihantar oleh orang awam ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan di sekitar kejadian bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

“Operasi akhirnya ditamatkan pada jam 6.48 selepas keadaan lokasi kejadian berada dalam keadaan selamat,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|