Jari kanak-kanak tersepit di rantai basikal

Lahad Datu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun terpaksa menahan azab kesakitan apabila tiga jarinya tersepit pada rantai basikal dalam kejadian di Taman Harapan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, sebaik menyedari kejadian yang menimpah kanak-kanak terbabit, ibu bapa mangsa terus menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Jari kanak-kanak lelaki tersepit pada rantai basikal.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.31 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi mendapati jari kanak-kanak lelaki terbabit tersepit pada rantai basikal.

“Pasukan Bomba terus bertindak memotong rantai basikal menggunakan peralatan khas ‘Bolt Cutter’ untuk melepaskan tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebaik tangan mangsa berjaya dilepaskan, pasukan bomba terus memberikan rawatan awal.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.52 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|