Kota Kinabalu: Hujan berterusan diramal berlaku di beberapa daerah di negeri ini selama dua hari bermula esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan 2 petang tadi, memaklumkan bahagian Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat mengalami hujan berterusan bermula esok.
Katanya, keadaan cuaca sama akan melanda bahagian Pantai Barat Sabah pada Rabu, 9 Mac.
-Deasoka