Hilang kepercayaan terhadap DAP, 115 bekas ahli sertai PAS Sabah

Hilang kepercayaan terhadap DAP, 115 bekas ahli sertai PAS Sabah

Sandakan: Hilang keyakinan terhadap kepemimpinan DAP punca seramai 115 bekas parti itu, di sini, memohon untuk menyertai PAS Sabah semalam.

Semua bekas ahli DAP yang mengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu 3 Jalan Utara dari Kampung Mangkalinau itu memilih PAS sebagai wadah perjuangan baharu mereka.

Aliakbar ketika hadir pada majlis penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas ahli DAP di Kampung Mangkalinau, Sandakan.

Kemasukan beramai-ramai itu diketuai oleh pemimpin masyarakat setempat, Muhammad Idris.

Beliau berkata, mereka hilang keyakinan terhadap kepemimpinan DAP khususnya dalam isu yang melibatkan kebajikan masyarakat.

Aliakbar menerima borang kemasukan bekas ahli DAP untuk menyertai PAS Sabah.

“Kami yakin PAS sebuah parti yang betul-betul memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat merentasi fahaman politik, bangsa dan agama,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, di sini, semalam.

Muhammad Idris turut merakamkan penghargaan kepada PAS Sabah dan berharap dapat membantu parti itu dalam gerak kerja untuk terus menjadi parti pilihan rakyat Sabah.

Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata, ia adalah bukti bahawa PAS memperoleh keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan rakyat Sabah yang melihat kesungguhan PAS memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat tanpa menunggu waktu pilihan raya semata-mata.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah, Isaac Wong.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|