Hajiji ziarah keluarga Toh Puan Rahimah

Hajiji ziarah keluarga Toh Puan Rahimah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebentar tadi menziarahi keluarga Allahyarhamah Toh Puan Rahimah Stephens di kediamannya di Jalan Lintas, di sini.

Balu bekas Ketua Menteri Sabah pertama dan Yang di-Pertua Negeri Sabah ketiga, Tun Mohd Fuad Stephens itu meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah hospital swasta, di sini awal pagi tadi.

Hajiji menziarahi keluarga Allahyarhamah Toh Puan Rahimah Stephens di kediamannya di Jalan Lintas, hari ini.

Mengiringi Hajiji ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidarkhan Bahadar.

Allahyarhamah yang berusia 91 tahun dilahirkan pada 22 Oktober 1930 di Beaufort dan pernah menjadi ADUN Kiulu serta menjadi wanita pertama menganggotai Kabinet negeri selepas dilantik sebagai Menteri Kebajikan Negeri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|